Connect with us
Projek Radio

Selebriti

“Saya Tak Kisah Orang Ambil Gambar Ibu Lebih Banyak Daripada Saya,” Anak Liza Abdullah Selamat Nikah

Tahniah!

Published

on

Pada 24 Julai lalu, pelakon yang popular menerusi drama rantaian 7 Hari Mencintaiku 2 Liza Abdullah, selamat melangsungkan pernikahan anak perempuannya iaitu Nurnaffiz Syahiddah Binti Zolkefli.

Kemeriahan majlis berkenaan tetap dirasai walaupun mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Namun, apa yang menarik perhatian adalah pelakon tersebut sendiri selepas dilihat menjadi tumpuan umum gara-gara watak yang dibawa menerusi drama berkenaan terutamanya ketika lafaz sakinah dibaca.

Dalam pada masa sama, ramai yang tidak melepaskan peluang bergambar bersama pelakon itu dan memuat naik menerusi laman sosial masing-masing.

“Sejujurnya, saya tak kisah orang ambil gambar lebih ibu lebih banyak daripada saya,” ujar Naffiz

Beliau bagaimanapun bersyukur majlis tersebut berjalan dengan lancar dengan dihadiri keluarga terdekat serta rakan-rakan.

Naffiz yang kini turut menceburi bidang hiburan bernikah dengan jejaka pilihan hatinya Syahidan Bin Rosli berusia 31 tahun dari Kelantan.

Apa-apa pun, masih belum terlambat untuk Hot FM mengucapkan tahniah kan? Semoga perkahwinan ini sentiasa bahagia hingga ke akhir hayat..

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement
Advertisement

Latest