Connect with us
Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak

Sekolah & Uni

Sayembara Bahasa Melayu 2021

Jom sertai!

Published

on

Sayembara Bahasa Melayu 2021 merupakan pertandingan anjuran bersama Kelab Debat, Pidato dan Pemikiran Kritis (DEPIKIR) Universiti Teknologi Malaysia, Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia, Yayasan Raja Zarith Sofiah, Majlis Bandaraya Johor Bahru, Dewan Bahasa dan Pustaka, Institut Terjemahan dan Buku Malaysia, Persatuan Penyair Malaysia dan Majlis Debat Universiti Malaysia,Pusat Islam UTM, UTM International dan UTM Alumni secara dalam talian (rakaman).

Terdapat empat pertandingan yang akan dijalankan iaitu Pidato, Deklamasi Sajak, Penulisan Esei Rumi dan Penulisan Esei Jawi.

Syarat am pertandingan:
🏹 Peserta dibenarkan menyertai lebih daripada satu kategori pertandingan.
🏹 Karya yang dihantar mestilah hasil asli setiap peserta.
🏹 Karya yang dihasilkan tidak boleh menyentuh sensitiviti, subversif dan negativiti mana-mana pihak secara terus atau tidak terus.
🏹 Karya yang dihantar akan menjadi hak penganjur.
🏹 Penganjur tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuduhan akibat pelanggaran hasil hak cipta.
🏹 Keputusan panel juri adalah muktamad.

Tarikh tutup penghantaran penyertaan: 19 April 2021

#Sayembara2021 #DepikirUTM #Pidato #Sajak #Esei #EseiRumi #EseiJawi #PenulisanJawi #PertandinganMalaysia #PertandinganAntarabangsa #BahasaMelayu

Poster Acara
Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest