Connect with us
You Da Boss

Selebriti

Scha Alyahya Teringin Anak Ramai

Siapa peminat Scha Alyahya dan Awal Ashaari?

Published

on

Siapa peminat Scha Alyahya dan Awal Ashaari?

Mesti ada yang tahu pasangan selebriti romatis ini telah diijabkabulkan tujuh tahun yang lalu dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang puteri comel, Lara Alana pada 2014.

Scha  telah mendedahkan dia mahu mempunyai anak yang ramai bersama Awal dan kini dalam usaha untuk menambah bilangan ahli keluarga mereka.

“Saya nak sangat ada anak ramai, sekurang-kurangnya dua atau tiga orang,” kata Scha.

“Saya dan Awal sudah berusaha untuk menambah lagi cahaya mata namun belum ada rezeki lagi,” katanya.

Scha juga meminta peminat agar mendoakannya segera dikurniakan rezeki untuk kembali hamil.

“Doa-doakanlah sebab saya nak dapatkan Lara pun mengambil masa setahun lebih. Jadi, selepas empat tahun ini pun masih belum ada rezeki untuk zuriat kedua. Namun saya dan Awal takkan berhenti untuk mencuba,” ujarnya lagi.

Bagus semangat Scha ni. Apa agaknya reaksi Lara kan kalau suatu hari nanti dapat adik?
Semoga pasangan ini dimurahkan rezeki selalu dan kekal bahagia sampai bila-bila.

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest