Connect with us
Hot Kool Jam

Thelaki

Sebab Kenapa Kita Kena Update Apps

Ramai yang suka melengah-lengahkan masa untuk update apps disebabkan nak jimat data atau pun malas nak tunggu download update tu, betul?

Published

on

Ramai yang suka melengah-lengahkan masa untuk update apps disebabkan nak jimat data atau pun malas nak tunggu download update tu, betul? Sebenarnya ada sebab-sebab penting kenapa korang wajib update apps termasuk lah game kat dalam smartphone korang.

Keselamatan 

Ni lah sebab yang paling penting sekali kenapa korang kena update appsHacker akan sentiasa cuba untuk hack smartphone korang tanpa korang perasan melalui apps yang outdated. Sebab tu apps atau operating system sama ada ios atau android, sentiasa sediakan update yang terkini untuk korang install.

Betapa bahayanya hacker ni, dorang boleh curi maklumat-maklumat peribadi korang tanpa korang sedar pun. Termasuk lah nombor akaun bank, nombor kad kredit, nombor kad pengenalan, alamat rumah dan macam-macam lagi lah. So, selalu update apps!

I Hate You, Bug

Setiap aplikasi yang kita download dalam smartphone, mesti akan ada beberapa masalah yang pengguna alami contohnya macam apps crash bila korang tengah guna dan macam-macam lagi. Ini mungkin berpunca daripada bug yang ada dalam aplikasi tersebut.

Kalau korang perasan ada butang report atau feedback dalam setiap aplikasi. Tujuan butang report tu ialah untuk dapatkan feedback orang ramai kalau ada apa-apa masalah yang timbul bila gunakan aplikasi tersebut.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kepentingan update apps, klik sini
Penulis:The Laki

Continue Reading
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest