Connect with us
Projek Radio

Onz

[SEBAK!] Lihat Pengorbanan Ibu, Netizen Mohon Murid Ini Tak Lupa Balas Jasanya

Oh ibu..

Published

on

“Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa.”

Tanyalah kepada mana-mana pasangan ibu bapa, tentu saja semuanya sanggup melakukan apa saja demi anak yang tersayang.

Sanggup berkorban nyawa, masa, tenaga dan wang dalam membesarkan anak tersayang, penat lelah ditolak ke tepi asalkan anak dapat membesar dengan sebaiknya.

Ada yang sanggup berlapar asalkan anak cukup makan, ada pula yang rela menyarung pakaian lusuh demi mengumpul wang membelikan keperluan anak.

Terkini, satu foto memaparkan seorang ibu sanggup ke sekolah dan duduk di luar pagar semata-mata mahu makan bersama anaknya tular di laman sosial Twitter.

“Semoga kau berjaya dunia akhirat dik. Jangan lupa balas jasa mak kau,” tulis pengguna laman sosial yang memuat naik foto itu.

Ternyata pengorbanan setiap ibu bapa perlu dikenang, walaupun tidak mengharapkan sebarang balasan, tanggungjawab sebagai anak perlu digalas sebaik mungkin terutama apabila anak meningkat dewasa.

Sehingga kini, foto yang dimuat naik itu mendapat perkongsian lebih daripada 18,000 selain 36,000 tanda likes.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement
Advertisement

Latest