Home > #PenaHot > Sebelum Balik Raya, Jom Dengar Celoteh Adik Ni. Confirm Tak Kering Gusi!

Sebelum Balik Raya, Jom Dengar Celoteh Adik Ni. Confirm Tak Kering Gusi!

Tengah packing nak balik kampung ke tu? Maklumlah, tinggal beberapa hari lagi je kita nak sambut Hari Raya Aidilfitri kan.

Dah rancang ke nak balik raya mana tahun ni? Rumah sebelah isteri ke suami? Tak kira la kan balik mana-mana pun, asalkan selamat sampai ke destinasi.

Tapi sebelum sampai, ingat lagi tak gadis yang popular dengan videonya yang meminta hutang? Ya, baru-baru ini gadis berkenaan telah memuat naik satu video tentang penggunaan signal.

Bagaimanapun, video tersebut bukan sahaja mendapat perhatian daripada golongan remaja juga dewasa. Namun, kanak-kanak pun tidak terkecuali dan jangan terkejut! Video dibawah ini dirakam khas dimana ia menunjukkan seorang kanak-kanak meniru suara gadis itu. Jom tengok:

Posted by Nurhayati Tahir on Sunday, 18 June 2017

Setakat jam 2:00 petang tadi, video ini telah pun mendapat lebih 300,000 tontonan. Hebat dik! Tapi kalau nak tonton video sebenar, boleh klik play dibawah:

Memang sama betul kan suara, aksi dan gaya mereka berdua! Kita yang tonton ni pun, boleh juga ambil pengajaran daripada video tu. Ingat! Sentiasa gunakan signal. Tak kira lah sebelum masuk ke mana-mana simpang mahupun sebelum memotong kenderaan lain.

Hot FM ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan semoga selamat sampai ke destinasi!