Hiburan
Sebelum Dikecam Lebih Teruk, Ini Sebab Haqiem Rusli Tarik Semula Hasrat Membuat Laporan Polis
Baru-baru ini kecoh sekali lagi apabila foto penyanyi, Haqiem Rusli, dikatakan tidur bersama seorang wanita tersebar di laman Twitter.
Baru-baru ini kecoh sekali lagi apabila foto penyanyi, Haqiem Rusli, dikatakan tidur bersama seorang wanita tersebar di laman Twitter.
Haqiem bagaimanapun menafikan foto itu adalah dirinya dan meminta netizen tidak cepat membuat spekulasi serta jangan mudah percaya.
Menurut penyanyi yang popular dengan lagu Segalanya itu, foto tersebut sudah disunting oleh individu yang tidak bertanggungjawab sebagai usaha untuk menjatuhkannya.
“Saya tidak boleh nak ulas lanjut, cuma apa yang boleh dikatakan, gambar itu sudah disunting,” katanya.
Haqiem juga tidak faham kenapa masih ada segelintir masyarakat yang tidak menyukainya sedangkan dia hanya mahu menghiburkan peminat dengan bakat yang dimiliki.
“Saya sendiri tak tahu kenapa ramai orang nak menjatuhkan saya? Kalau saya ada buat salah, saya sudah pun meminta maaf. Niat saya menyertai bidang hiburan juga adalah untuk menghiburkan peminat dan membahagiakan keluarga,” ujarnya.
Dalam pada itu, Haqiem turut mengakui ibu bapanya terkejut apabila mengetahui tentang penyebaran foto tersebut. Namun, selepas segalanya dijelaskan, keadaan kembali terkawal.
“Tak dinafikan, ketika gambar itu mula-mula tersebar di Twitter, emak dan ayah saya sangat terkejut. Selepas saya menjelaskan kedudukan sebenar, barulah mereka lega,” katanya.
Untuk pengetahuan juga, pada mulanya Haqiem memang bercadang untuk membuat laporan polis, namun menarik balik hasrat berkenaan selepas dilarang ibunya.
“Emak melarang saya berbuat demikian kerana katanya, kalau tak salah, kenapa nak kena buat laporan? Biarlah orang ramai membuat penilaian sendiri dan saya juga lebih selesa membiarkan sahaja perkara itu. Lama-lama nanti, ia akan senyap begitu sahaja,” ujar Haqiem lagi.
Berani kerana benar, takut kerana salah. Semoga Haqiem terus kuat menghadapi cabaran hidup.
-
Onz4 weeks ago
Terlalu Tekun Berlatih, Hairul Azreen Pecahkan Barang Milik Hanis Zalikha
-
Onz4 weeks ago
Ditegur Netizen Kerana Muat Naik Foto Tidak Berkualiti, Ini Jawapan Siti Nurhaliza
-
Onz3 weeks ago
Kaki Berdarah, Kilafairy Terjatuh Di Majlis Kahwin Neelofa
-
Selebriti3 weeks ago
Dilihat Peluk Neelofa Lepas Bertunang, Ini Sebenarnya Hubungan PU Riz Dengan Gadis Tersebut…
-
Selebriti3 weeks ago
Gurauan ‘Makan Dalam’ Tentang Belon Udara Panas, Sharnaaz Ahmad Gelak Sakan Dengan Shukri Yahaya
-
Onz3 weeks ago
“Terima kasih Sebab Khianati Aku” MK KClique Dedah Pembantu Peribadi Ambil Job Belakang Tanpa Pengetahuannya
-
Onz1 week ago
‘Perang’ Selipar Muslim Friendly Dan Wallet Friendly, Netizen Pening Nak Pilih Mana Satu
-
Eksklusif3 weeks ago
Dana Dalam Tabung Merah RMHC Di McD Sebenarnya Untuk Siapa? Ini Yang Korang Patut Tahu