Connect with us
Projek Radio

Selebriti

“Sebenarnya..Saya Sudah Lama Negatif” – Ashraf Muslim Mohon Maaf

Semoga Ashraf terus sihat dan dapat kembali berlakon.

Published

on

Tanggal 7 Mei 2020 merupakan hari paling bermakna buat Ashraf Muslim apabila dia dibenarkan keluar hospital selepas mendapat rawatan akibat jangkitan Covid-19.

Hampir sebulan tinggal di wad, pelakon berusia 38 tahun itu mengakui rasa sebak dan sayu untuk meninggalkan rakan-rakannya yang lain.

Ashraf dalam pada itu mendedahkan dia sebenarnya telah disahkan negatif Covid-19 sejak sehari sebelum Ramadan lagi namun memilih untuk menjalani tempoh kuarantin di hospital.

Ini antara penjelasan yang dibuat pelakon drama Dia Menantu Rahsia itu menerusi laman Instagram miliknya.

Ashraf juga memohon maaf kepada rakan-rakan artis dan wartawan kerana merahsiakan tentang status kesihatannya sebelum ini.

Ini pula video yang dikongsikan Ashraf buat tatapan peminat pada hari terakhirnya di hospital.

View this post on Instagram

Assalamualaikum. Masanya sudah tiba.. berat hati ini utk meninggalkan sahabat-sahabatku di wad ini. Mereka telah ku anggap sbg keluargaku.. Allahuakbar.. tak boleh nak terjemahkan perasaan ini… 3 hari sblum balik mmg sayu utk tinggalkan wad. Saya mohon maaf kepada pakcik, abang2 dan adik2 warga Wad 31 dan rakan2 Dr dan nurse yg menjaga saya dan rakan2 saya disini dan juga berterima kasih kerana terima saya dan rakan-rakan saya seadanya. Tak lupa juga kepada mereka yg menyumbang makanan dan minuman kepada kami disini. Semoga Allah murahkan rezeki kalian semua. Banyak cerita, banyak pengalaman, banyak perkongsian dilakukan bersama dimana pesakit2 semuanya dtg dr pelbagai kaum, agama dan latarbelakang tapi hanya satu sahaja yg kami inginkan iaitu ‘ketenangan’. Jangan risau sahabat..Allah kan ada, dia selalu bersama-sama kita. Mengadulah pada dia.. InsyaAllah Allah akan bantu. Oh ya.. Saya sekali lagi ingin meminta maaf kepada kawan-kawan semua termasuk rakan2 artis dan wartawan yg ada bertanyakan bila saya boleh keluar dr wad. Tapi saya sentiasa mengelak utk menjawabnya. Sebenarnya.. saya sudah lama negatif pada sehari sebelum ramadan dan saya memilih tinggal di wad31 utk kuarantin kan diri di wad. Byk sebab keputusan ini dibuat dan yang paling penting ialah saya dapat mengerjakan solat berjemaah pada bulan ramadan dan ibadah yg dapat buat bersama-sama dgn pesakit. Ini adalah terapi hati saya untuk lebih tenang. Maafkan saya kalian dgn tindakan saya itu. Akhir kata.. Sama-sama kita doakan semoga pesakit-pesakit Covid19 cepat pulih dan dapat berjumpa dgn ahli keluarga dan penyakit ini hilang dari muka bumi ini.. InsyaAllah. Terima kasih Allah kerana memilihku sbg pesakit covid19. Syukur kepadamu ku merasa nikmatnya. Geng wad 31 @ammarmatbah99 @abu.t_jayb @him_aziz @zafar_alfath @bi_pop @alongaiman25 @zul_helmi.32 #covidsurvivor

A post shared by Ashraf Muslim (@ashrafmuslim) on

Terdahulu, Ashraf disahkan positif wabak Covid-19 sebaik pulang daripada menjalani sebuah penggambaran drama bersiri di Inverness, Scotland pada Mac lalu.

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest