Connect with us
Duit Dari Kayangan

Selebriti

Sedang Kenal Hati Budi, Uyaina Akui Berkawan Dengan Raja Syahiran

Nampaknya Uyaina pun dah otw ikut jejak Mira Filzah ni, boleh la makan nasi minyak

Published

on

Kata orang tak kenal maka tak cinta, bila dah kenal baru la boleh bercinta kan?

Nampaknya kini pengacara cantik manis Uyaina Arshad akui bahawa dia sedang mengenali hati budi seorang jejaka yang juga merupakan penyanyi iaitu Raja Syahiran.

Terkini, Uyaina tampil di majlis persandingan Mira Filzah dan Wan Emir bersama dengan Raja Syahiran sebagai pada 6 September yang lalu.

Menurut temubual Uyaina bersama dengan sebuah online portal baru-baru ini, dia akui bahawa hubungan perkenalan mereka telah bermula sejak beberapa bulan yang lalu.

Pada mulanya mereka hanya mula berhubung selepas pulang dari daripada sebuah majlis ketika itu dan kemudian mula berhubung di media sosial sehigga menjadi kenalan rapat sehingga kini.

“Seperti sebelum ini, saya tidak terlalu dedahkan soal peribadi kepada umum, dengan siapa saya bersama. Kalau boleh biar la orang kenal dari segi’ prestasi seni berbanding isu gosip semata-mata,” katanya kepada sebuah portal hiburan baru-baru ini.

Bagi pengacara berusia 28 tahun itu lagi, soal perkahwinan itu perlu dikongsi kerana suatu hari nanti bila sudah sampai waktunya pasti dia akan berkahwin juga.

Cuma bila tarikhnya dan dengan siapa itu masih lagi menjadi rahsia Allah, disebabkan itu kini dia hanya selesa berkawan dengan Syahiran buat masa ini.

Sifat kematangan di dalam diri Raja Syahiran membuatkan Uyaina tertarik disamping pemikirannya yang terbuka serta persamaan mereka dan persefahaman dalam perhubungan.

Semoga hubungan mereka berpanjangan, ada jodoh kita dapat la tengok Uyaina naik pelamin.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest