Connect with us
Hot Kool Jam

Selebriti

Sedapnya Nama Adik Arif Jiwa!

Tahniah!

Published

on

Tahniah kepada pasangan Asyraf Khalid dan Tya Arifin yang telah selamat menimang cahaya mata perempuan di sebuah pusat perubatan di ibu negara pada jam 9.21 pagi tadi.

Anak tiri kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza itu berkongsi khabar gembira dengan memuat naik foto bersama isteri dan anak kedua mereka.

Alhamdulillah, anak kami lahir secara normal dengan berat 3.6 kilogram. Sangat mudah dan sekejap proses kelahiran puteri kami. Doktor juga sangat profesional.

Menerusi Instagram, Asyraf turut mengumumkan nama si comel itu.

“Kami sepakat memberi nama Azzahra Jiwa Asyraf. Ia membawa maksud perempuan yang cemerlang dan bijak.

“Kami juga sudah mewujudkan akaun Instagram rasmi Azzahra bagi mendokumentasi perjalanan hidup serta momen istimewa.

“Semoga dia menjadi anak yang solehah… Selamat datang ke dunia Azzahra,” katanya.

Asyraf mendirikan rumah tangga dengan Tya pada 2015 dan dikurniakan anak lelaki, Arif Jiwa yang berusia dua tahun.

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest