Connect with us
Nite Jam

Drama

“Sedih Tau I Kena Maki”- Fasha

Jadi pelakon harus kuatkan hati, pekakkan telinga.

Published

on

Pelakon Fasha Sandha menerima ugutan di media sosial apabila ada yang mahu mencederakannya.

Itu semua gara-gara dia membawakan watak antagonis dalam drama bersiri Semua Salahku yang bersiaran di slot Lestary TV3.

Menerusi akaun Instagram Fasha, dia mendedahkan ada segelintir penonton yang terlalu emosi terhadap watak Sofhi yang dimainkannya.

View this post on Instagram

Ada yang nak terajang, ada yang nak tampar, ada yang tendang tv, haihhh betul2 marahkan Sofhi ni nampaknya, Aduiiii , sampai i kena carut la… emosi nya penonton #semuasalahku TV3 Ok kesayanganku, itu adalah watak yang dimainkan i, dan i berharap cerita ni dapat bagi ‘PENGAJARAN’ buat penonton, Yang baik jadikan tauladan dan yang buruk jadikan teladan ya kesayanganku, bak kata Ibu (my sifu in acting) maybe ini cara kami untuk berdakwah cara kami. Apapun, terima kasih penonton setia kesayanganku (Sedih tau i kena maki …😭) #Repost @wlfs4eva ・・・ Bertabahlah Princess, ada orang nak terajang , ada orang nak tendang tv, ada orang nak tampar dia. Bertabahlah sayangku Cc @a_aidaproduction

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on

Wow, well done! Ini bermakna Fasha berjaya mendalami watak diberikan sehingga lakonannya memberi impak kepada mereka yang menonton.

Drama Semua Salahku menceritakan tentang seorang ibu tunggal yang tidak mengambil peduli terhadap anaknya yang bernama Haris selain turut menderhaka terhadap ibunya sendiri lakonan hebat daripada Fauziah Nawawi.

Turut menjayakan drama berkenaan adalah Nafiz Muaz, Intan Najuwa, Syed Aiman dan ramai lagi.

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest