Sekolah dan Uni

No posts found
Hot FM Sekolah & Uni ingin membantu pelajar-pelajar bagi mempromosikan aktiviti-aktiviti menarik seperti Hari Kantin, Hari Guru, Hari Sukan, Teater, Majlis Konvokesyen dan apa jua aktiviti di sekolah & uni anda.
Anda juga berpeluang untuk mendapatkan pengalaman baru dengan menjalankan latihan industri di dalam dunia radio dengan hanya menghantarkan resume melalui Jom Join.
Selain itu, anda juga boleh menghantar permohonan untuk membuat lawatan studio ke konti Hot FM bagi mendapatkan pengetahuan yang lebih mendalam tentang proses kerja di Hot FM.
Apa Cer!
Hari Kantin! Hari Terbuka Sekolah! Hari Sukan! Hari Konvokesyen! Pertandingan Menari! Apa jua aktiviti di sekolah & uni anda, kongikan bersama kami bagi mendapatkan hebahan melalui Hot FM.
Sekolah & Uni – Apa Cer!
Latihan Industri / Praktikal
Berminat untuk menceburi industri radio? Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik? Ingin menyumbang idea baru di luar kotak?
Jika anda mempunyai ciri-ciri di atas, tunggu apa lagi? Sertai kami untuk latihan industri / praktikal! Hantarkan resume anda sekarang! Hanya peserta yang disenarai pendek bakal dihubungi oleh pihak Hot FM.
Lawatan Studio
Sertai lawatan studio Hot FM dan ketahui secara mendalam bagaimana industri radio beroperasi. Kami akan kongsikan bagaimana proses penyampai ke udara dilakukan dan anda berpeluang untuk berkongsi tip dan ilmu mengenai dunia radio bersama penyampai Hot FM!
Jom lawat kami di studio Hot FM! Pihak sekolah/uni/kolej boleh menghantar permohonan untuk membuat lawatan di Hot FM sekarang! Waktu lawatan adalah pada setiap hari Jumaat jam 11 pagi - 1 petang sahaja.