Connect with us
Hot Selebriti

Selebriti

Selamba Upload Video Sokong Kekasih Di Stadium, Eyka Farhana Diserang Netizen

Alamak…

Published

on

Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) menjulang kejuaraan saingan Liga Super Malaysia buat kali ke-7 selepas menentang Sabah di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, jumaat lalu.

Namun, dalam kegembiraan itu ada perkara yang menyebabkan ramai peminat bola sepak lain di Malaysia tidak berpuas hati dengan isu kehadiran para penyokong atau ahli keluarga ke stadium.

Antara yang menjadi perbualan hangat netizen adalah pelakon Eyka Farhana, yang mencetuskan kontroversi apabila dia memuat naik video di Instagram Story nya yang menunjukkan pemandangan dari dalam Stadium ketika pasukan (JDT)  menentang Sabah dalam perlawanan Liga Super.

IG Story Eyka Farhana Dedahkan Kehadiran 'Penyokong' Ke Stadium, MFL Wajib Tampil Beri Penjelasan

Tindakan Eyka itu mengundang reaksi warganet yang mempersoalkan kehadiran Eyka di Stadium berkenaan kerana tiada penonton yang dibenarkan kecuali ahli keluarga pemain berskala kecil untuk menyaksikan perlawanan itu.

Tampil menjelaskan keadaan, Eyka yang juga kekasih kepada pemain JDT, Akhyar Rashid pada mulanya bertindak memadam video itu dan kemudian memuat naik stataus di laman sosialnya mengatakan video itu adalah hasil perkongsian dari ahli keluarga yang dimuat naik semula.

“Video yang saya muat naik dalam perkongsian sebelum ini saya ambil dari ahli keluarga. Jangan salah faham,” tulisnya. 

Akhyar kelakar dan baik hati' - Eyka Farhana

Dalam pada itu, meninjau ke ruangan komen di laman sosial Instagram Eyka, turut dibanjiri dengan sindiran netizen mengenai video yang dimuat naiknya itu.

Walaupun video tersebut telah dipadamkan, ia sudah banyak tersebar di pelbagai platform media sosial seterusnya mencetus persoalan bagaimana ia boleh berlaku sebenarnya.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest