Connect with us
Hot Deeja Tiktok Champ

Update

Selebriti Syukur Pelantikan Dr Zulkifli Sebagai Menteri Hal Ehwal Agama

Tahniah..

Published

on

Perdana Menteri Malaysia ke-8 iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan senarai Jemaah Menteri baharu kerajaan Perikatan Nasional di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya. Rata-rata bersetuju dengan senarai ahli kabinet baharu dan lebih mencuri tumpuan adalah pelantikan Mufti Wilayah Persekutuan iaitu Datuk Seri Dr Hj Zulkifli sebagai Menteri Hal Ehwal Agama.

Selebriti dan pendakwah bebas tanah air turut mengambil kesempatan meluahkan rasa syukur atas pelantikan itu.

View this post on Instagram

Babak Pertama, Episod Baharu⁣ ⁣ Sejurus selepas pengumuman pelantikan sebagai YB Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), seperti biasa, saya terus menuju ke Masjid Slim River, Perak untuk menyampaikan Kuliah Maghrib bulanan di sana. ⁣ ⁣ Saya dengan rendah hati memohon jasa baik sahabat semua untuk berterusan mendoakan saya agar saya dikurniakan Allah SWT kekuatan untuk memikul amanah dan kepercayaan ini sepenuh keupayaan saya.⁣ ⁣ Teringat saya kepada sebuah hadith daripada ‘Abdullah bin Salam, beliau berkata: ⁣ ⁣ لَمَّا قَدِمَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمَدِيْنَةَ ، اِنْجَفَلَ النَّاسُ إِلَيْهِ ، وَقِيْلَ : قَدِمَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، فَجِئْتُ فِي النَّاسِ لِأَنْظُرَ إِلَيْهِ ، فَلَمَّا اسْتَبَنْتُ وَجْهَ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَرَفْتُ أَنَّ وَجْهَهُ لَيْسَ بِوَجْهٍ كَذَّابٍ ، فَكَانَ أَوَّلَ شَيْءٍ تَكَلَّمَ بِهِ أَنْ قَالَ: (( يَا أَيُّهَا النَّاسُ ، أَفْشُوْا السَّلَامَ ، وَأَطْعِمُوْا الطَّعَامَ ، وَصِلُوْا الْأَرْحَامَ ، وَصَلُّوْا بِاللَّيْلِ وَالنَّاسُ نِيَامٌ ، تَدْخُلُوْا الْجَنَّةَ بِسَلَامٍ )).⁣ ⁣ “Ketika Rasulullah SAW datang ke Madinah, orang-orang segera pergi menuju kepada Baginda. Ada yang mengatakan: Rasulullah SAW telah datang. Lalu aku mendatanginya ditengah kerumunan banyak orang untuk melihatnya. Ketika aku melihat wajah Rasulullah SAW, aku mengetahui bahwa wajahnya bukanlah wajah pembohong. Dan yang pertama kali beliau ucapkan adalah, ‘Wahai sekalian manusia, ⁣ ⁣ 1) Sebarkanlah salam⁣ 2) Berikan makan⁣ 3) Sambunglah silaturrahim⁣ 4) Solat di waktu malam ketika orang-orang tidur,⁣ ⁣ Nescaya kalian akan masuk Syurga dengan selamat.⁣" ⁣ Doakan saya, bantu saya dan berilah pandangan kepada saya. Kita teruskan legasi pemimpin terdahulu, membina negara Malaysia yang berbilang kaum dan agama, dalam keredhaan-Nya. ⁣ ⁣ Kepada Allah SWT kami berserah dan kami bertawakkal.

A post shared by Mufti Wilayah Persekutuan (@drzulkifli.albakri) on

Klik sini untuk info lanjut.

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest