Connect with us
You Da Boss

Hiburan

Selepas Ddu-Du Ddu-Du, #KillThisLove Dijangka Akan Menjadi Fenomena Baharu!

BLACKPINK yang popular dengan lagu “ddu-du ddu-du” dengan rekod tontonan klip video mereka sebanyak 722 juta menerusi laman Youtube bakal melancarkan album baharu yang berjudul “Kill This Love” pada 5 April ini.

Published

on

BLACKPINK yang popular dengan lagu “ddu-du ddu-du” berjaya rekod tontonan klip video mereka sebanyak lebih 700 juta tontonan menerusi laman Youtube bakal melancarkan album baharu padal 5 April ini yang berjudul “Kill This Love
Pihak pengurusan mereka telah mengeluarkan imej menerusi laman Instagram rasmi yang menunjukkan ahli kumpulan, Lisa, sebagai tanda persiapan bagi peminat BLACKPINK untuk bersedia dengan kemunculan semula dari kumpulan tersebut.


Jelas pihak pengurusan mereka, tajuk lagu utama “Kill This Love,” dalam album itu bakal menjadi kegilaan seperti “ddu-du ddu-du.”

Koreografi yang akan datang, bertaraf kelas dunia. Jadi ia akan menghasilkan sesuatu yang lebih dinamik daripada apa yang BLACKPINK telah berikan setakat ini.

Pelancaran album berkenaan diadakan seminggu lebih awal daripada kemunculan BLACKPINK di Festival Muzik Coachella 2019, yang dijadualkan berlangsung pada 12 hingga 21 April ini di California, Amerika Syarikat.

View this post on Instagram

@coachella 2019 🌴 see you there🖤💖 . #BLACKPINK #블랙핑크 #COACHELLA #코첼라 #2019_LINEUP #20190412 #20190419 #YG

A post shared by BLΛƆKPIИK (@blackpinkofficial) on


Bermula 17 April, kumpulan itu akan memulakan lawatan ke Amerika Utara bagi menjayakan lapan persembahan di enam bandar besar termasuk Los Angeles, Chicago dan Hamilton di Kanada.


BLACKPINK juga telah tercalon dalam kategori  “Global Music Star” di Anugerah Pilihan Kanak-kanak Nickelodeon tahunan yang diadakan baru baru ini.
Kumpulan berkenaan bersaing dengan artis dari seluruh dunia seperti Taylor Swift, David Guetta, J Balvin dan Troye Sivan.

Continue Reading
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest