Connect with us
alt_img

Rilis

Selepas Lebih Setahun Menyepi, IAmNeeta Lancar Lagu Baru!

Selepas lebih setahun menyepi tanpa sebarang lagu baharu, kumpulan IAmNeeta akhirnya tampil dengan single terkini mereka berjudul Ilusi.

Published

on

Selepas lebih setahun menyepi tanpa sebarang lagu baharu, kumpulan IAmNeeta akhirnya tampil dengan single terkini mereka berjudul Ilusi.

Kumpulan yang dianggotai oleh Neeta Manisha sebagai vokalis, Patrick Anohada (gitar) dan Anas Zakwan (bass), itu terlebih dulu berhadapan masalah sehingga menyebabkan pelancaran lagu berkenaan ditunda daripada tarikh sebenar.

Image result for iamneeta

Menurut Neeta, mereka sepatutnya tampil dengan lagu baharu tahun lalu, namun disebabkan masalah teknikal, mereka terpaksa merakamkan semula lagu berkenaan.

“Cakera tempat kami menyimpan lagu ini rosak. Kami sanggup hantar ke Singapura kerana ketika itu ada peluang untuk dibaiki.”

Neeta turut mengakui terbit rasa bosan susulan terpaksa mengulangi perkara yang sama iaitu perlu merakam semula lagu berkenaan, namun masih percaya ada hikmah disebalik apa yang berlaku.

Katanya, ketika menjalani rakaman semula, ada beberapa perubahan yang mereka lakukan dan hasilnya lebih baik daripada naskhah terdahulu.

Image result for iamneeta

Dihasilkan sepenuhnya oleh Patrick, kata jejaka kelahiran Sabah itu, penceritaan yang disampaikan menerusi lagu itu adalah hasil pemerhatian pengalaman rakan sekelilingnya.

Katanya, Ilusi mengisahkan seseorang yang terlalu mementingkan kesempurnaan dalam hubungan hinggakan tanpa sedar mengawal semua gerak-geri pasangan mereka.

Hadir hanya Neeta dan Patrick ketika pelancaran klip dan lagu, mereka bagaimanapun tidak berasa kosong walaupun Anas sedang melanjutkan pelajaran di Russia selama lima tahun.

Neeta menegaskan, Anas masih bersama IAmNeeta dan tidak akan digantikan dengan orang lain.

“Bagaimanapun, andai memerlukan pemain bass, kami akan mencari seseorang menggantikan posisi sebagai ‘sessionist’ saja.”

 

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest