Connect with us
Selamat Hari Raya

Rilis

Seloka Hari Raya Versi Fattah Amin, Fazura

Selamat Hari Raya!

Published

on

Pasangan selebriti Fattah Amin dan isteri, Nur Fazura merakamkan semula lagu raya klasik Seloka Hari Raya, dendangan asal Hail Amir dan Uji Rashid.

Lagu raya versi baru itu telah disuntik unsur remix hasil gubahan komposer, Mel Ramlan dan Mohariz Yaakup.

Menurut laporan Berita Harian, Fazura dan Fattah merakamkan lagu tersebut secara berasingan.

“Lagu ini dirakamkan sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan. Kami rakam di studio tetapi berasingan. Fattah ketika itu sibuk dengan penggambaran drama.

“Saya harap peminat suka lagu ini kerana ia adalah hadiah buat mereka yang menantikan lagu duet Hari Raya daripada kami,” kata Fazura yang kini sedang berbadan dua.

Menariknya, video muzik lagu Seloka Hari Raya yang dilancarkan pada 16 Mei lalu menyaksikan wajah pasangan romantik itu diabadikan dalam bentuk animasi.

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest