Connect with us
Duit Dari Kayangan

Selebriti

Seminggu Demam, Eina Azman Lega Negatif Covid-19

Get well soon!

Published

on

Pelakon Datin Paduka Eina Azman mendedahkan dirinya mengalami demam selama seminggu sehingga terpaksa dimasukkan ke hospital.

Bagaimanapun, ibu kepada dua cahaya mata itu mengakui bersyukur apabila ujian saringan Covid-19 yang dilakukan mendapati dirinya bebas daripada wabak berbahaya itu.

Perkara itu dimaklumkan menerusi laman Instagram miliknya pada 17 April.

Isteri kepada Datuk Paduka Kaiser Gurmeet itu juga memohon maaf kepada peminat kerana tidak dapat  berkongsi video masakan pada saat ini memandangkan dirinya tidak sihat, selain meminta pengikutnya agar mendoakannya agar cepat sembuh.

Eina antara selebriti yang aktif di media sosial dan sering berkongsi resepi masakan di Instagram buat tatapan peminat.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest