Connect with us
You Da Boss

Inspirasi

Sempoi! ‘Barangan Elektrik’ Sebagai Pelengkap Dulang Hantaran

Satu kelainan dan idea yang bijak!

Published

on

Pada zaman sekarang, pemberian dulang hantaran pada majlis pertunangan dan pernikahan merupakan satu kemestian, malah sudah menjadi adat atau ‘trend’.

Mengikut cara Islam tidak perlu semua itu, tapi perkara ini sudah menjadi simbolik untuk setiap majlis pertunangan dan perkahwinan.

Antara barang yang selalu dijadikan hantaran adalah manisan dan makanan, beg tangan, jam tangan berjenama, kasut dan lain-lain lagi yang berharga.

Tapi berbeza dengan pasangan pengantin ini yang menjadi tular di media sosial gara-gara menyediakan barangan elektrik rumah sebagai hantaran. Unik!

Foto hantaran yang dikongsikan menerusi  Twitter Ayu Kurus itu kini telah mendapat hampir 18.8K retweets dan 13.4K likes dengan rata-rata pengikutnya juga meninggalkan pelbagai reaksi.

Wah, lengkap barangan elektrik. Lepas majlis tak perlu pening-pening nak keluar duit lagi beli kelengkapan elektrik untuk rumah.

Jadi, buat bakal pengantin di luar sana beringat-ingat ye dalam membeli barang hantaran. Yang penting lengkap dan cantik.

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest