Home > #PenaHot > Sentuhan Kreatif Mas Kahwin Ini Curi Perhatian Netizen!

Sentuhan Kreatif Mas Kahwin Ini Curi Perhatian Netizen!

Mas kawin atau mahar merupakan pemberian oleh seorang lelaki kepada seorang wanita, sewaktu berlangsungnya akad nikah dan sudah ditetapkan oleh Majlis Agama Islam di semua negeri.

Namun, istilah mas kahwin sebenarnya membawa maksud yang hampir sama dengan mahar iaitu pemberian berlandaskan kejujuran, tanda persetujuan dan pemberian wajib yang tidak mengharapkan imbalan dan balasan.

Mas kahwin biasanya akan dihadiahkan dalam bentuk wang mahupun senaskah Al-Quran, sebentuk cincin, sehelai sejadah dan sepasang set telekung.

Baru-baru ini menerusi laman twitter milik Berita Bola Semasa telah memuat naik dua foto wang hantaran yang kreatif sehingga mampu menarik perhatian netizen:

Wang hantaran yang dibuat daripada wang kertas RM10 itu kesemuanya berjumlah RM370, dan yang paling menarik, ia dilipat bagi menunjukkan huruf yang terletak pada duit berkenaan.

Nama yang letakkan juga menunjukkan pasangan ini sebenarnya romantis, susulan ia dibaca dengan “ZULKEFLY CINTA SITI NORHAFIZAH” dan disusuli dengan satu tarikh iaitu “1 JULAI 2017” berkemungkinan tarikh tersabut merupakan tarikh penting buat pasangan ini.

Setakat ini gambar berkenaan telah pun menerima lebih 15 ribu retweet dan tidak kurang juga yang meninggalkan beberapa komen memuji kesungguhan pasangan terbabit.

 

Apa-apa pun tahniah diucapkan kepada kedua mempelai, semoga perkahwinan korang kekal hingga ke akhir hayat.

Kongsi laman ini di:

Leave a Reply