Connect with us
alt_img

Muzik Buzz

Sesungguhnya 2019 Naikkan Semula Lagu Nasyid

Siapa sangka lagu Sesungguhnya 2019 hasil kerjasama kumpulan nasyid terkenal, Raihan bersama penyanyi Alif Satar kembali menaikkan populariti lagu Nasyid.

Published

on

Siapa sangka lagu Sesungguhnya 2019 hasil kerjasama kumpulan nasyid terkenal, Raihan bersama penyanyi Alif Satar kembali menaikkan populariti lagu Nasyid.

Diperkenalkan di YouTube sejak 9 Mei lalu, versi baharu Sesungguhnya 2019 itu pantas mendapat sambutan luar biasa peminat dan sehingga ini, mencatat lebih 7 juta tontonan.

“Alif memberitahu, dia begitu meminati lagu Raihan dan meluahkan hasrat untuk bekerjasama. Tidak sampai dua bulan, proses rakaman lagu itu siap dan ia keluar tepat pada masanya iaitu ketika umat Islam meraikan permulaan Ramadan,” kata anggota Raihan, Che Amran Idris.

Lagu Sesungguhnya juga mempunyai kenangan yang tersendiri dan rakaman semula itu mengimbau memori peminat yang sudah sebati dengan lagu mereka.

Kehadiran Alif pula memberi lebih impak, sekali gus memperkenalkan Raihan kepada peminat generasi muda untuk lebih mengenali dan mendekati mereka.

“Gabungan ini juga saya anggap sangat unik kerana ia menyatukan dua kelompok peminat yang berbeza.

“Bayangkan, sebelum ini, Raihan hanya mempunyai sekitar 10,000 pengikut di Instagram, tetapi kini jumlahnya sudah lebih 40,000,” ujar Amran.

Selain Che Amran, Raihan turut dianggotai Abu Bakar Md Yatim dan Amran Ibrahim.

Setakat ini, kumpulan Raihan mahu terlebih dahulu memberi laluan kepada Sesungguhnya 2019 untuk terus mendekati peminat sebelum bekerjasama lagi dengan Alif Satar di masa akan datang.

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest