Connect with us
Hot Selebriti

Hiburan

"Setiap Persoalan Akan Terungkai 11 April Ini." – Remy Ishak

Sedekad akan menceritakan tanggungjawabnya  sebagai seorang “bapa” dalam keluarga , anak seni yang bergelut apabila di belakang tabir, serta serorang yang sering diuji dengan pelbagai dugaan.

Published

on

Selepas 10 tahun, pelakon Remy Ishak bakal melancarkan buku autobiografinya berjudul Sedekad.

Remy berkata, dia telah lama memikirkan rancangan untuk menulis dan menerbitkan sebuah buku yang menceritakan kepayahan serta perjuangan hidup yang dilalui sebagai anak seni.
Dalam Instagram Remy , dia menjelaskan, Sedekad akan menceritakan tanggungjawabnya  sebagai seorang “bapa” dalam keluarga , anak seni yang bergelut apabila di belakang tabir, serta serorang yang sering diuji dengan pelbagai dugaan.
Sedekad turut menceritakan kisah bagaimana nama Remy Ishak dikenali, apabila membawakan watak Adam Hj Hassan dalam drama bersiri Nur Kasih.
Sedekad juga akan menjawab setiap persoalan yang tidak pernah terungkai apabila disoal wartawan untuk sebarang sidang media, termasuk fasa di mana Remy diuji dengan ego dalam diri serta perkara pelik dan mistik, yang mengundang kemurungan dan kejatuhan Remy.
Remy akan melancarkan buku itu pada hari kelahirannya iaitu 11 April 2019.

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest