Connect with us
Projek Radio

Onz

Shah Iskandar Teruja Bakal Bergelar Bapa

Agak-agak baby boy ke baby girl?

Published

on

Selepas empat tahun menanti zuriat, pelakon Shah Iskandar Mahfuz akhirnya bakal bergelar bapa apabila isterinya, Siti Sarah Mohd Noor disahkan hamil empat bulan dan dijangka melahirkan cahaya mata pada Oktober depan.

Menurut laporan Berita Harian, berita kehamilan isterinya itu merupakan hadiah paling bermakna dalam hidup Shah yang juga pelakon drama Halalkan Hati Yang Ku Curi.

“Ini adalah hadiah paling bermakna yang tidak boleh dibandingkan dengan wang ringgit. Saya mendapat tahu isteri hamil pada awal Februari lalu, sekembalinya mengerjakan umrah dan pulang dari Uzbekistan kerana menjalani penggambaran drama.

“Berderau terus darah pada saat isteri memaklumkan berita gembira ini. Ia cukup mengejutkan saya. Seperti mana pasangan lain, kami juga tak pernah berhenti berusaha untuk mendapatkan zuriat. Akhirnya, Tuhan kabulkan doa dan segala usaha kami.

“Bayangkan, saat isteri memaklumkan, saya sendiri pun tidak pasti apakah sudah bersedia atau sebaliknya. Namun dengan semula jadinya timbul sifat tanggungjawab yang mendalam. Sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata. Saya tak sabar nak jadi bapa,” katanya.

Didoakan agar isteri Shah dan anak dalam kandungan sihat sentiasa dan dipermudahkan urusan bersalin nanti.

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest