Connect with us
Duit Dari Kayangan

Selebriti

Sharifah Amani Teruja Dapat Respon Ratu Bollywood, Kajol Di Twitter

Wah, untung Sharifah Amani!

Published

on

Siapa yang tak kenal dengan Kajol kan?

Sebut sahaja nama bintang sensasi Bollywood itu sudah pasti boleh menyebabkan histeria dan juga teruja luar biasa dalam kalangan peminatnya di negara ini.

Pada 3 Mei lalu, pelakon tanah air Sharifah Amani ada bertanyakan satu soalan kepada Kajol di laman Twitter yang berbunyi apakah watak lakonan kegemaran sepanjang aktres jelita itu bergelar pelakon.

Mengejutkan, bintang filem Kutch Kutch Hota Hai itu memberi respon terhadap soalan Amani sekaligus menyebabkan dia berasa teruja mendapat balasan daripada pelakon diminatinya itu.

Kata Kajol, dia paling suka dengan watak Anjali sepanjang bergelar pelakon kerana watak tersebut begitu dekat dengan dirinya.

Lantas, Amani juga turut bersependapat dengan Kajol selain memberitahu dia juga mengagumi watak Simran yang dibawa Kajol dalam filem Dilwale Dulhania Le Jayenge.

Wah, untung Sharifah Amani dapat reply dari Kajol tau!

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest