Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Selebriti

Sharifah Sakinah ‘Kunyah’ Petai Untuk Elak Stress

Wah, nampak sedap pula tengok Sakinah kunyah petai!

Published

on

Pelakon Sharifah Sakinah sebelum ini pernah mengejutkan peminat apabila mendedahkan dirinya menghidap disleksia tahap sederhana dan memiliki ciri-ciri hiperaktif ‘Attention Deficit Hyperactivity Disorder’ (ADHD).

ADHD merupakan gangguan yang ditandai dengan perilaku impulsif, hiperaktif, dan kurangnya perhatian.

Terbaru, Sakinah ada berkongsi kebaikan pengambilan ulaman seperti petai yang dipercayai mampu mengelakkan masalah tekanan, depresi atau kemurungan.

Perkara itu dikongsikan menerusi satu video yang dimuat naik di laman Instagram miliknya pada 7 Mac lalu.

“Content makanan kedua : petai

Keputusan kaji selidik di kalangan orang yang mengalami kemurungan, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan petai. Ini kerana petai mengandungi tryptophan, sejenis protein yang badan bertukar kepada serotonin, yang yang dapat menjadikan orang lebih relaks, gembira dan menjadi emosi lebih stabil. (Sumber gugel),” tulisnya.

Wah, nampak sedap pula tengok Sakinah kunyah petai!

Jadi, anda yang mengalami masalah kemurungan atau stress di tempat kerja boleh lah cuba jadikan petai sebagai snack harian.

Untuk rekod, Sharifah Sakinah telah berkahwin dengan seorang juruterbang Aliff Adha pada Mac 2015 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Anais Adha berusia 4 tahun.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest