Connect with us
You Da Boss

Hiburan

Sharnaaz Ahmad Hilang Semangat, Jiwa & Identiti

Namun, mereka berdua memilih jalan untuk mengunci mulut dan juga tidak memberi sebarang alasan.

Published

on


Pelakon, Sharnaaz Ahmad seakan-akan memberi bayangan kepada pengikutnya di Instagram bahawa dia kini dilanda masalah dan identiti asalnya sudahpun hilang.

“Saja nak beritahu, mana pergi mamat (merujuk pada dirinya) dalam gambar ni tak tahu, hilang mana dah semangat dia, jiwa dia… garang dia…watak dan perwatakkan,” tulisnya di laman Instagram.

Pada masa yang sama, dia berharap identiti itu kembali seperti semula walaupun ketika dia berada dalam keadaan yang menjelikkan dan menjengkelkan.

“Walaupun menjelikkan dan menjengkelkan perangai mamat ni, tapi manis asam asam boi dia tetap ada..Semoga kembali wahai sahabat jiwa,” ujarnya lagi.

Melalui posting tersebut, anak jati Pulau Pinang itu menerima pelbagai komen dan kata-kata semangat dari netizen.
Sebelum ini, isu rumah tangga Sharnaaz Ahmad dan isterinya Noor Nabila menimbulkan pelbagai tanda tanya netizen apabila masing-masing sudah tidak lagi memuat naik gambar bersama.

Namun, mereka berdua memilih jalan untuk mengunci mulut dan juga tidak memberi sebarang alasan.
Apa pun, setiap masalah pasti ada jalan penyelesaian. Semoga Sharnaaz tabah dan ceria selalu okay.

Continue Reading
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest