Connect with us
You Da Boss

Selebriti

Shima Anuar Kongsi Pengalaman Bersalin, Petua Untuk Peminat

Walau apa pun cara bersalin yang dilalui, percayalah ibu-ibu tetap seorang superwoman!

Published

on

Umum mengetahui pelakon Shima Anuar baru sahaja menimang cahaya mata kedua pada 8 Ogos lalu secara pembedahan Caesarean (czer) atau C-section.

Jangan anggap ia sebagai jalan ‘shortcut’ atau tidak sakit untuk para ibu yang mengandung okay. Big NO!

Menerusi laman Instagram miliknya, Shima ada berkongsi petua dan juga pengalaman melahirkan anak keduanya serta yang pertama, Marian Sophia.

View this post on Instagram

Disebabkan ramai DM yg tanya about czer, tips and bla bla bla. Tak larat yg reply satu2. Ok, let me share my experience here. Pandang dan lihat la gambar ni. Haha. Nampak tenang kan? Tp jangan disangka air yg tenang takde buaya. 🤣 Actually I WAS SO SCARED! Dah habis control macho dah dalam OT masa tu. Tapi diam2 I nangis, air mata meleleh non stop ok. Sumpah takut gila! Why..?? 1, I selalu dengar org cakap second czer akan lagi sakit drpd the first one. 2, i had a bad experience lepas beranakkan Sophia. Seminggu lepas beranak Sophia, 1 part of my stitches, terbukak masa mandi. Darah keluar non stop. Ngeri 😩 Sampaikan i cakap, ok aku taknak beranak dah lepasni! Tp eh Sophia tak sampai setahun, pregnant dah balik. Hahah! (heyy rezeki Allah nak bagi. jgn pertikai 😌) Ok so citer dia, this time I tukar doctor. I am so lucky dapat Dr Seri. Alhamdulillah syukur sangat2 semuanya ok. Takde stress2. Seminggu beranak, I boleh main kejar2 dgn Sophia. Sampaikan my CL tegur, ni baru lepas beranak ke tak ni. 😅 Tipu la kalau cakap tak sakit langsung. Memang la sakit sikit. Tp kejap je. Mana ada beranak yg tak sakit. Be strong. Jangan fikir sgt pasal sakit. TAPI tak bermaksud la korang boleh buat macam2, panjat sana sini pulak. Just relax. Take a deep breath. Jangan layan sgt sakit tu. Ermm pastu jaga pantang. Memang la korang nampak macam, eh budak ni tak habis pantang dah keluar sana sini. Tapi kalau i keluar pun, kejap2 je. Balik rumah still buat segala mak nenek rutin pantang. EVERYDAY. Tak pernah skip 1 pun! Urut, tangas, tungku tu semua. And please jaga makan jugak. Big NO to ikan haruan, gamat. And i makan vitamin C untuk bagi luka tu cepat baik. So any vitamin C will do. Kalau baru je czer, make sure ur wound tu selalu kering. Lepas mandi pakai hair dryer utk keringkan part tu. So i think thats all yg i boleh share from my experience. Anything else tanya doctor k? Take care mommies. Be strong! 💋

A post shared by Shima Anuar Official Account (@shimaanuar) on

Banyak juga nasihat dari Shima ni. Rata-rata netizen turut memberi pelbagai reaksi terhadap perkongsian ibu beranak dua ini.

Walau apa pun cara bersalin yang dilalui, percayalah yang ibu-ibu tetap seorang superwoman dan telah berjuang bermati-matian!

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest