Connect with us
Projek Radio

Drama

Shukri Yahaya Kongsi Babak 7 Hari Mencintaiku 2, Buat Ramai Terhibur

Cepatlah April, tak sabar ni!

Published

on

Umum mengetahui drama rantaian 7 Hari Mencintaiku 2 bakal ditayangkan menerusi saluran TV3 mulai April ini.

Jadi, para pelakon drama berkenaan pastinya sedang sibuk dengan penggambaran bagi memberikan yang terbaik buat peminat kan? Pelbagai usaha telah dilakukan oleh pelakon-pelakon drama ini untuk menarik perhatian penonton termasuklah promosi menerusi sosial media.

Terbaharu, pelakon utama drama tersebut iaitu Shukri Yahaya (Khuzairi) telah memuat naik video memaparkan dirinya digandingkan dengan Siti Saleha (Mia) dalam melakonkan satu babak.

Khuzairi seorang suami yang prihatin telah membawa Mia bertemu dengan seorang doktor. Ketika berinteraksi dengan doktor tersebut, Khuzairi telah meletakkan dua buah bantal di belakang Mia, membuatkan dirinya tidak selesa dan segera mengalihkan bantal tersebut ke bawah.

View this post on Instagram

sabar Ri, relax.. pecaya lah muka melayu masih relevant untuk Mia 😎 #7harimencintaiku2 🎥: @khanmancung

A post shared by 𝒮𝒽𝓊𝓀𝓇𝒾 𝒴𝒶𝒽𝒶𝓎𝒶 (@shukriyahaya) on

Babak tersebut telah menarik perhatian ramai terutamanya isteri kepada Shukri Yahaya iaitu Tya Adnan.

Mengetahui karakter Khuzairi dalam drama terbabit, ramai yang tidak sabar menantikan drama berkenaan ditayangkan.

Berlainan dengan musim pertama, drama ini mengisahkan tentang pasang surut kehidupan rumah tangga Mia dan Khuzairi setelah beberapa tahun mendirikan rumah tangga.

Kehadiran Puan Hayati (Zila Bakarin) dan Nurul Ain membuatkan pergolakan rumah tangga mereka makin hebat.

Ditambah lagi dengan mulut laser Mak Leha (Liza Abdullah) yang tidak sebulu dengan Mia Adriana, menjadikan drama musim kedua kedua ini lebih ‘menyakitkan’ hati.

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest