Connect with us
alt_img

Viral

Si Pencuri Dimandikan Di Tempat Jenazah

Semalam, seorang lelaki berusia 26 tahun ditangkap orang ramai kerana disyaki memecah tabung surau sebelum diikat dan disiram air di atas tempat mandi jenazah.

Published

on

Semalam, seorang lelaki berusia 26 tahun ditangkap orang ramai kerana disyaki memecah tabung surau sebelum diikat dan disiram air di atas tempat mandi jenazah.

Video tersebut tular di laman sosial termasuk menerusi akaun Facebook Apa Kes Pulak Ni ? yang memaparkan kejadian yang dipercayai berlaku di Surau At-Taqwa, Kampung Mulia, Sungai Tiram dekat Ulu Tiram itu.

Menurut  Timbalan Pengerusi Surau At-Taqwa, Kampung Mulia, Ramle Ahmat berkata, kejadian pecah tabung di surau berkenaan sudah beberapa kali berlaku selain kes curi beg tangan jemaah wanita ketika sedang menunaikan solat.

“Sebenarnya kejadian pecah tabung ini sudah kali kelima berlaku di surau yang sama sejak dua tahun lalu. Suspek yang tertangkap ini juga sudah cuba masuk dan pecah tabung surau pada 10 Mei lalu.
“Kami mendapat maklumat selepas melihat CCTV dan semalam, berlaku lagi orang yang sama buat, namun berjaya ditangkap oleh orang kampung serta Ahli Jawatan Kuasa (AJK) surau,” katanya.

Tindakan itu diambil jawatan kuasa surau terbabit dengan niat baik supaya memberi pengajaran kepada suspek agar tidak lagi mengulangi kesilapan sama.

Diharapkan semoga lelaki terbabit menyesal atas perbuatannya dan berubah ke arah kebaikan sempena bulan Ramadan yang mulia ini.

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest