Connect with us
You Da Boss

Hiburan

Siapa Golongan Yang Ditindas? Jawapannya Ada Dalam Video Muzik Baharu Zee Avi

Khas buat warganet semua!

Published

on

Setelah lebih 5 tahun berada di luar negara, penyanyi Zee Avi baru-baru ini mengambil keputusan untuk pulang ke tanah air bagi berkarya di negara sendiri.

Semalam, 16 September 2019, penyanyi tersebut tampil dengan single baharu yang berjudul Who Are You, lagu ciptaan olehnya sendiri dan ditulis khas untuk kumpulan yang selalu ditindas terutamnya dalam media sosial.

Ingin buah tangan baharunya menjadi inspirasi buat individu yang kurang keyakinan diri bangkit kembali, Zee Avi tidak menolak Who Are You sedikit sebanyak menyentuh pengalaman peribadinya sendiri.

“Terpulanglah jika ada yang terasa hati dengan kata-kata netizen. Bagi saya, kita perlu bangkit. Selagi kita bersikap jujur pada diri sendiri dan karya, sudah cukup untuk menutup mulut mereka yang mengecam,”

Melalui video muzik lagu tersebut, Zee Avi turut menampilkan artis dan selebriti media sosial sebagai tetamu undangan termasuk pelakon dan model, Alicia Amin serta Faiz Dickie.

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest