Connect with us
You Da Boss

Muzik Buzz

Siapa Muna Shahirah?

Ohhhh lagu ni best!

Published

on

Mula muncul dengan single Takdir Cinta yang kemudian diikuti dengan Teguh Setia, Muna Shahirah penyanyi baharu mengaku lebih selesa menyanyikan lagu balada.

Gadis yang dicungkil bakat daripada sebuah program realiti televisyen menjelaskan walaupun lagu balada atau mendayu sukar dibawa, genre itu lebih dekat dengan dirinya.

“Saya fikir lagu balada lebih sesuai dengan vokal. Kalau bawa lagu rancak, macam tak kena. Kalau diberi peluang atau mencuba, saya suka lagu rancak yang lebih condong kepada dangdut.”

Muna yang juga calon awal kategori Penyanyi Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-32, bertuah apabila ditawarkan merakamkan lagu Takdir Cinta dan Teguh Setia ciptaan komposer terkenal, Ibnu serta Gouffran.

Image result for muna shahirah

Muna yang turut memiliki ijazah sarjana muda sains (matematik) dari Universiti Sains Malaysia (USM) berpendapat tak salah mencuba nasib dalam bidang nyanyian.

Gadis yang berasal dari Mersing, Johor ini juga pernah menjadi penyanyi Yayasan Warisan Johor ketika berusia 12 tahun.

 

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest