Connect with us
Projek Radio

Inspirasi

Siapa Sangka Sebenarnya Banyak Lagi Mural Membanggakan Di Malaysia

Kalau anda nak tahu, ada banyak lagi hasil mural membanggakan di negara kita, ini antara yang agak popular.

Published

on

Mural “National Heroes”,  Foto Oleh Bernama

Baru-baru ini netizen heboh memperkatakan tentang Mural “National Heroes” sebuah karya seni kebanggaan Suhaimi Ali yang telah dipadamkan semula disebabkan oleh manusia yang tidak bertanggungjawab. Pelaku bukan sahaja menaikkan marah netizen malah sebenarnya telah menghina insan-insan yang sepatutnya diangkat dengan kerja keras mereka yang berhempas pulas membendung krisis pandemik Covid 19 yang melanda seluruh negara. Nasib baiklah semuanya sempat diabadikan dalam bentuk gambar , bolehla buat kenangan. Kalau anda nak tahu, ada banyak lagi hasil mural membanggakan di negara kita, ini antara yang agak popular.

 

Mural 7 PM , Foto Oleh Raja Badruddin Hakim Shah

Pernah tengok Mural tujuh Perdana Menteri ini? Ia tersergam indah di Dewan Tunku Abdul Rahman, iaitu bangunan tertua di Kuala Terengganu. Lukisan mural yang sangat kreatif ini dihasilkan oleh empat orang anak jati Terengganu. Cukup membanggakan bukan? Jika anda ke Terengganu, jangan lupa singgah dan bergambar ya.

 

Mural “Tree Of Hope”, Foto oleh Malay Mail

Siapa sangka sebuah bangunan lama yang terletak di Indah UPC berhampiran Vivo Residential Suites , Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur kini menjadi tumpuan ramai dengan lukisan mural terbesar bertemakan “Tree of Hope”. Ia dihasilkan oleh pelukis tempatan, Fadzlan Rizan Johani. Nampaknya, ini menambah koleksi kebanggaan hasil karya anak tempatan.

 

Mural Amelia Earhart , Foto Oleh The Star

Jika anda ke Taiping , jangan lupa abadikan kenangan di Mural Amelia Earhart yang tersergam indah di premis di Jalan Abdul Jalil, Taiping. Lukisan ini dihasilkan sempena Amelia Mary Earhart jurterbang wanita yang pernah singgah di Lapangan Terbang Tekah dalam penerbangan solonya sebelum dia hilang tanpa dikesan. Lukisan ini hanya mengambil masa 6 hari, hebat kan?

 

Banyak lagi mural di Malaysia , sebut sahaja di Pulau Pinang ,Melaka, Kelantan, semuanya mempunyai keunikan mural yang tersendiri. Harap-harap lepasni lebih banyak mural yang kreatif boleh dihasilkan oleh anak muda kita dan janganlah pulak ada yang tak bertanggungjawab conteng mural-mural kebanggaan ini.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement
Advertisement

Latest