Connect with us
Hot Deeja Tiktok Champ

Selebriti

Siapa Sharifah Rose & Kenapa Ali Gatie “Back Up” Dia?

See her level!

Published

on

Arus pemodenan yang telah berlaku di dunia ketika ini, bukan sahaja membantu ahli politik, pelakon atau selebriti untuk menjadi terkenal, malah individu biasa juga mampu melonjakkan nama mereka di mata dunia.

Perkara ini termasuklah dengan individu yang berpengaruh menerusi sosial media. Terkini, gadis yang bernama Sharifah Rose menjadi sebutan ramai terutamanya di laman Twitter sehingga trending nombor 1!

Sharifah Rose atau dikenali sebagai Rose merupakan gadis yang berpengaruh di media sosial dan popular dalam kalangan remaja. Selain itu, Rose merupakan teman wanita kepada Azief  Khalid yang juga anak tiri kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Baru-Baru ini Rose telah ke Phuket Thailand untuk bercuti bersama rakan-rakannya. Namun, keseronokkannya bercuti di lokasi berkenaan terhenti gara-gara penyebaran gambarnya yang tidak berhijab di laman sosial.

Rose bagaimanapun telah tampil memohon maaf dan berharap perkara berkenaan tidak diulangi lagi selain mengambil perkara tersebut sebagai pengajaran buatnya.

Pelbagai reaksi dan komen telah diterima daripada pengikutnya. Namun, terdapat satu komen telah menarik perhatian ramai apabila penyanyi yang popular menerusi lagu  It’s You, Ali Gatie turut memberi semangat buat gadis berkenaan.

“Kita semua manusia. Saya sayang awak. Hanya orang yang matang sahaja yang mampu berdepan dengan masalah. Kami semua bangga dengan kamu.”, balasnya ringkas.

Sehingga kini, ciapan berkenaan telah meraih lebih 13,000 perkongsian dan 800 komen yang rata-rata turut memberi semangat buat Rose.

Semoga kisah kali ini menjadi pengajaran dan teladan yang baik buat orang lain juga..

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest