Connect with us
Hot Kool Jam

Muzik

Siapa VIP Paling Kecil Tonton Konsert Siti Nurhaliza Dari Mula Sampai Habis Tu?

Konsert Siti Nurhaliza On Tour membuka tirainya di Istora Senayan, Jakarta semalam, lokasi pertama konsert jelajahnya tahun ini.

Published

on

Konsert Siti Nurhaliza On Tour membuka tirainya di Istora Senayan, Jakarta semalam, lokasi pertama konsert jelajahnya tahun ini.

Siti mempersembahkan sekitar 20 buah lagu, termasuk menyanyikan banyak medley sepanjang konsert yang berlangsung selama 2 jam 30 minit itu.
Sebelum memulakan persembahan, Siti turut berjenaka dengan mengatakan bakal menyanyikan 500 buah lagu.
Peminat mula membanjiri lokasi konsert seawal jam 5 petang. Konsert dimulakan pada jam 8:30 malam, dengan lagu Badarsila membuka tirai persembahannya.
Yang menariknya, sepanjang konsert berlangsung, selain Siti yang menjadi tumpuan, seorang lagi turut mendapat sorakan gemuruh daripada penonton.
Dia ialah tetamu VIP paling kecil di konsert itu, iaitu anak Siti dan Datuk K, Aafiyah.

View this post on Instagram

Anak ibu sayang #sitinurhalizaontour

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on

Aafiyah dilaporkan menonton persembahan ibunya dari awal hingga akhir betul-betul di hadapan pentas, seperti mengagumi aura ibunya sendiri, tanpa sedikit pun menunjukkan ragam.

Menurut rakan baik Siti, Fara Fauzana yang turut menyaksikan konsert, rata-rata peminat Siti bersorak kegembiraan setiap kali wajah Aafiyah terpampang di skrin besar konsert.

Semasa konsert, Siti juga turut memberi ucapan kepada individu istimewa ini:

Siti turut berkata,
“Aafiyah ni tak faham apa, but dia kenal suara ibu dia.”
Tulus turut membuat penampilan di konsert Siti, menyanyi lagu duet berjudul Seindah Bahagia, selain menyanyikan dua buah lagu solo.
Siti seterusnya akan membuat persembahan di Singapura pada 2 Mac ini.

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest