Connect with us
Hot Kool Jam

Rilis

Single Baru Lebih Romantik! Hael Hussaini Berehat Jadi “Nakal”?

Single terbaru cubaan Hael Hussaini keluar dari zon selesa

Published

on

Sumber: Instagram Hael Hussaini

Selepas lagu Jampi dan Hajat, penyanyi Hael Hussaini menonjolkan sisi romantik dengan lagu terbaru berjudul Hari Ini.
Berbanding single terdahulu yang lebih pantas diterima, Hari Ini yang mengangkat genre pop balada dikatakan kurang menangkap pendengaran.
Hael berkata,
“Berilah saya ruang untuk berehat sebentar daripada menghasilkan lagu “nakal”. Lagipun, saya tak mahu terus memberikan peminat genre lagu yang sama.”
“Ini percubaan saya untuk keluar dari zon selesa. Jika lagu ini tidak berjaya, tak mengapa, saya sudah bersedia. Jangan risau, selepas ini saya akan kembali dengan lagu rancak da nada eleman nakal seperti yang dimahukan.”

Hael juga bakal muncul dengan lagu raya pada awal bulan depan.
Dalam perkembangan lain, Hael dilantik menjadi juri tetap program Lagu Cinta Kita bersama Scha Alyahya.

Sumber : Instagram Hael Hussaini

Lagu Cinta Kita adalah program pencarian bakat baharu untuk penyanyi duet, di mana dia memfokuskan kepada penilaian sudut vokal.
Ditanya apakah peserta berpeluang menyanyikan lagu ciptaanya jika melangkah ke peringkat akhir, Hael berkata, dia terbuka dalam hal itu.
Dihoskan oleh Nana Mahazan, Lagu Cinta Kita disiarkan secara digital dan ekslusif bermula 19 April, setiap Jumaat dan Sabtu menerusi laman YouTube TV3MALAYSIAOFFICIAL pada jam 9 malam.

Sumber : Berita Harian

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest