Connect with us
Hot Kool Jam

Rilis

Single Terbaru Neon Sangat Istimewa! Ini Sebabnya.

Lebih menarik, muzik video Neon dapat sentuhan Datin Seri Umie Aida!

Published

on

Selepas melancarkan 2 single, kumpulan Neon tampil dengan single ketiga berjudul Kaca.
Paling istimewa,  buat pertama kalinya mereka tampil dengan muzik video.
Lebih menarik, muzik video itu mendapat sentuhan pelakon hebat, Datin Seri Umie Aida selaku pengarah.

Vokalisnya, Ezwan Ariff berkata, penerbitan muzik video itu diharap dapat melonjakkan lagi lagu ciptaan sepenuhnya oleh Atiqah Noor itu.
“Jalan cerita MV adalah hasil perbincangan bersama. Selepas Umie mendengar lagu ini, dia terus dapat gambaran mengenai jalan cerita yang ingin diketengahkan.”
Menurut Ezwan, penerbitan MV itu juga adalah percubaan pertama dirinya dan anggota lain berlakon yang dianggap cukup asing.
“Diakui memang sangat kekok. Ini pertama kali kami berlakon dengan jalan cerita seperti drama. Apa boleh dikatakan, bukan mudah menjadi pelakon.”
“Bekerja di bawah arahan Umie agak menakutkan. Dia seorang yang ‘legend’. Memandangkan kami tak boleh berlakon, apatah lagi saya yang terbabit dalam banyak babak, dia memang tegas.”
Kumpulan Neon dianggotai enam anak muda iaitu Ezwan Ariff selaku vokalis, Adam Svl, Shafique Sharif, Azuad Abdullah, Danial dan Naim.

Khas buat peminat Neon Band muzik video ‘Kaca’ boleh di tonton pada hari Jumaat bersamaan 9 Ogos 2019 jam 9 malam di Youtube channel Seventeen Eleven Music!

 

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest