Connect with us

Drama

Siri Animasi Pesanan Papa Pipi Tarikan Terbaharu Kanak-Kanak

Comel…

Published

on

Pelbagai siri animasi yang dikeluarkan Malaysia telah dipertonton kepada kanak-kanak dan dewasa termasuklah Upin-Upin, Boboiboy, Ejen Ali dan terbaharu Pesanan Papa Pipi.

Siri yang dikeluarkan oleh Animonsta Studios itu kini telah disiarkan menerusi medium YouTube.

Malah, sehingga kini, siri animasi berkenaan telah meraih minat penonton sehingga berjaya mencatat lebih 15 juta tontonan sejak ia dimuat naik bermula 15 November lalu.

Menurut Pengarah Urusan Animonsta Studios Sdn Bhd, Nizam Razak, idea menghasilkan animasi itu tercetus selepas tayangan filem Boboiboy Movie 2 pada Ogos lalu yang mencatat kutipan melebihi RM29 juta.

Dia turut tidak menyangka telatah comel Pipi yang juga anak kepada Papa Zola menambat hati ramai. Melihat maklum balas luar biasa diberikan kepada karakter itu, Animonsta berasakan, ia peluang terbaik untuk mereka memperluaskan portfolio.

Tanpa menunggu lama, mereka mula menghasilkan episod pertama animasi itu pada September lalu, sebulan selepas Boboiboy Movie 2 ditayangkan.

Mereka turut berhasrat memperkenalkan lagu tema untuk siri itu dan sekiranya usaha itu mendapat sambutan, ia bakal diangkat ke layar perak.

 

 

Sumber daripada: Berita Harian & Youtube

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest