Home > #PenaHot > Siti buat kejutan umum jantina anak sempena hari lahir..

Siti buat kejutan umum jantina anak sempena hari lahir..

Hari ini, 11 Januari merupakan hari lahir buat penyanyi nombor satu negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza. Pastinya ramai yang tidak henti mengucapkan ucapan hari lahir juga meraikannya bersama termasuklah stesen radio paling hangat Hot Fm.

Kejutan diberikan oleh Hot FM apabila penyampai radionya, Ajak, Shuk dan Fizie datang ke kediaman beliau tanpa diketahui oleh Dato’ Sri Siti Nurhaliza sendiri.

 

 

Dalam masa yang sama, satu berita gembira turut dikongsikan Siti sempena hari kelahirannya yang ke-39, hari ni menerusi akaun instagram miliknya.

“Terima kasih pada semua yang mengucapkan ‘happy birthday’ untuk saya. Saya sangat berterima kasih dan doakan semoga semua selamat.

“Alhamdulillah ini hadiah paling bermakna bagi saya dan suami iaitu zuriat yang bakal dilahirkan Mac nanti. Doakan ia sempurna.

“Doktor mengesahkan kandungan saya seorang puteri.

“Doakan semoga kandungan saya sihat dan menjadi anak yang solehah,” katanya.

Oktober tahun lalu, Siti mengesahkan dia hamil empat bulan.

 

 

Tahniah Dato’ Sri Siti Nurhaliza, moga proses kelahiran puteri sulung nanti dipermudahkan dan Selamat hari lahir!!!!

 

 

 

 

 

Kongsi laman ini di:

Leave a Reply