Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Selebriti

Siti Nordiana Dengan Fikry Ibrahim Pula? Ini ‘Angkara’ Siapa Eh..

Ada apa apa ke tu…

Published

on

Gamat suasana di konti Hot FM pagi ini apabila penyanyi dan pelakon wanita berdarah kacukan Melayu-Minang, Siti Nordiana Alias atau lebih dikenali sebagai Nana, ‘disakat’ oleh Geng Pagi Hot (GPH) Shuk dan Fizie semasa Nana hadir ke konti.

Kehadiran Nana di Hot FM adalah untuk mempromosikan lagu terbarunya iaitu ‘Angkara’ hasil kerjasama dengan komposer, Sharon Paul dan penulis lirik Fedtri Yahya.

Untuk muzik video kali ini, Nana berkata dia ingin keluar dari zon selesa, di mana konsep video ini adalah lain daripada muzik video sebelum ini. Nana memilih melakukan drama pendek yang mengandungi empat episod dan mengambil Fikry Ibrahim sebagai watak utama.

Di situ, tercetus persoalan mengenai hubungan Nana bersama Fikry. Apabila ditanya mengenai mengapa memilih Fikry sebagai watak utama, Nana berkata,

“Dia memang sesuai dengan watak ni, kita jarang tengok Fikry bawa watak playboy”

“Lagipun kena dengan muka, dan dia memang menghayati watak ini. Nana rasa pemilihan Nana ni adalah tepat”

Nana yang dilihat sempoi itu juga dicabar oleh penerbit GPH iaitu Fendy, untuk membuat panggilan kepada Fikry untuk melihat respon dia terhadap panggilan itu, kerana sebelum ini Nana mengatakan yang mereka hanya berkawan.

Apabila Fikry menjawab panggilan itu, Nana memulakan dengan pertanyaan,

Nana : “Hai awak, morning! Buat apa tu?”

Fikry : “Tengah jumpa orang, jumpa lecturer”

Nana : “Oh jumpa lecturer ok, jangan jumpa orang lain. Awak kerja elok-elok k”

Fikry : “Ok, Awak pun jangan tengok orang lain”

Alahai sweet nya, jadi apa agaknya hubungan sebenar Nana dengan Fikry ni eh?

Haa lebih baik tanya tuan punya badan sendiri je lah!

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest