Connect with us
Hot Kool Jam

Onz

Siti Saleha Sedia Bergelar Ibu Tahun Depan

Doakan Saleha cepat-cepat dikurniakan zuriat okay!

Published

on

Pelakon jelita, Siti Saleha bersedia untuk memperlahankan karier seninya jika dia dan suami dimurahkan rezeki memiliki cahaya mata pada tahun depan.

Siti Saleha yang memasuki usia 29 tahun pada tahun ini sememangnya telah lama menantikan kehadiran anak dalam keluarga mereka.

Selepas dua tahun berkahwin, Saleha bersedia untuk menggalas tanggungjawab sebagai isteri dan ibu.

“Kami sememangnya merancang untuk mendapatkan anak. Mungkin tahun depan kami akan lebih fokus ke arah itu.

“Sejak dua tahun lalu, jadual kerja kami terlalu padat. Saya terlibat dengan penggambaran, manakala dia dengan komitmen kerja. Jika ada rezeki (anak) saya akan perlahankan penglibatan dalam karier seni,” katanya.

Didoakan semoga Saleha cepat-cepat dikurniakan zuriat!

 

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest