Pengumuman mengenai perkara itu dilakukan pada majlis pelancaran video muzik rasmi Semakin yang diadakan di ibu negara sebentar tadi.

Semuanya Shuib yang tentukan sebab dia bertindak selaku pengarah dalam video muzik ini. Jadi Shuib tahu ciri-ciri pasangan yang sesuai untuk saya dari sudut pandangan dia.

Sarah turut mengagumi bakat lakonan yang ada pada diri Syafiq susulan sepanjang menjalani penggambaran, Syafiq banyak membantu Sarah untuk menjiwai karakter.

Sebelum ini, Sarah dan Shuib telah meninjau pendapat peminat menerusi laman sosial berkenaan pelakon yang sesuai membintangi klip video itu.

Mengungguli carta pilihan peminat adalah tiga nama pelakon lelaki popular iaitu Remy Ishak, Zul Ariffin dan Fikry Ibrahim.

Nama Shuib sendiri menjadi saingan hebat kepada tiga pelakon berkenaan, namun kata Sarah, dia telah menyingkirkan nama suaminya daripada senarai akhir.

Klip video rasmi lagu Semakin yang dimuat naik di laman YouTube bermula jam 5 petang tadi telahpun meraih lebih daripada 20,000 tontonan.