Connect with us
Hot Kool Jam

Hiburan

Siti Sarah Buat Kejutan Ulangtahun Di Konti, Ini Reaksi Shuib

Bagi sesetengah pasangan, menyambut ulang tahun perkahwinan bukanlah perkara yang penting sangat pun. Kadang-kadang sampai ada yang lupa dengan ulang tahun ini

Published

on

Bagi sesetengah pasangan, menyambut ulang tahun perkahwinan bukanlah perkara yang penting sangat pun. Kadang-kadang sampai ada yang lupa dengan ulang tahun ini. Namun, tahukah anda menyambut ulang tahun perkahwinan suami isteri itu sebenarnya amat penting untuk kebahagiaan rumah tangga?
Kajian pakar sendiri telah menyarankan suami isteri untuk meluangkan sedikit masa bagi menyambut ulang tahun perkahwinan masing-masing supaya dapat memperingati hari anda berjanji membina komitmen.
Hari ini, pada 26 Februari genaplah tahun yang ke-8 pasangan selebriti penyampai radio Hot FM Shuib Sepahtu dan penyanyi Siti Sarah mendirikan rumahtangga.
Sempena ulangtahun ke-8 itu, penyanyi yang popular menerusi lagu Kesetiaan telah membuat kejutan buat suaminya ketika sedang bertugas di konti radio.
Video kejutan berkenaan turut dikongsi menerusi akaun Instagram rasmi stesyen tersebut.


Shuib yang tidak menyangkakan kehadiran isterinya itu terlihat begitu terkejut dan gembira dengan kejutan yang diberikan.
Ruangan komen posting tersebut dipenuhi dengan pujian buat pasangan comel ini yang disifatkan sebagai sweet dan kelakar.
Tahniah Shuib dan Siti Sarah, semoga terus saling sayang-menyayangi dan bahagia hingga ke syurga!

Continue Reading
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest