Connect with us
Hot Kool Jam

Viral

Suami Tersalah Beli Barang Dapur Bikin Netizen Berdekah!

Lain yang dipesan, lain pula yang dibeli.

Published

on

Lelaki yang bergelar suami kat luar sana pernah tak alami situasi tersalah beli barang dapur yang dipesan oleh si isteri?

Tipu lah kalau tak pernah kan? Almaklum lah orang lelaki ni kena cakap biar terang, explain satu per satu baru mereka faham. Betul ke?

Terbaru, tular satu kejadian kelakar di laman Twitter apabila seorang wanita berkongsi kisah di mana dia pesan dekat suami dia untuk belikan minyak zaitun (Olive Oil) yang digunakan untuk memasak tu. Tup tup…lain pula yang dibawa pulang ke rumah.

Wanita tersebut yang dikenali sebagai Zatyy sebenarnya terlupa untuk terangkan lebih jelas kepada si suami tentang minyak zaitun yang dimaksudkan, sehingga dia terbeli minyak zaitun kegunaan rambut!

Aduhai, lawak betul! Tengok gaya tu macam tahu je nak membeli kan? Perkongsian oleh Zatyy sehingga kini telah meraih 13.2K Retweets serta lebih 7.3K Likes.

Dalam pada itu, netizen juga turut berkongsi pengalaman suami mereka masing-masing.

It’s okay, people make mistakes, right? Belajar daripada kesilapan.

Apa yang penting, suaminya tetap tak lupa belikan barang dapur yang dipesan.

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest