Connect with us
Hot Kool Jam

Viral

Suap OKU Makanan, Tindakan Pekerja Kedai Mamak Dipuji Netizen

Baiknya dia!

Published

on

Orang kata “don’t judge book by its cover.”

Memang betul pepatah tu, sebab baru-baru ni tular tindakan seorang pekerja premis ‘mamak’ menerusi media sosial membuktikan kebenaran pepatah tersebut.

Walaupun hanya bekerja sebagai pelayan di sebuah restoran, namun lelaki itu tidak malu untuk membantu seorang pemuda OKU yang kesukaran untuk menyuap makanan.

Foto berkenaan tular menerusi aplikasi Twitter selepas dimuat naik oleh pengguna Najib Fiqri. Malah sehingga kini tweet terbabit dikongsi lebih daripada 27,000 kali.

Rata-rata netizen dilihat tersentuh dengan gambar berkenaan, namun tidak kurang juga yang kurang senang dengan gelaran ‘Mamak’ yang diberi.

Walaubagaimanapun menurut Najib, gelaran terbabit bukan bermaksud untuk menghina tetapi lebih kepada mengangkat nilai murni pekerja terbabit.

Apa-apa pun, semoga perkara baik yang dilakukan oleh pekerja ini dapat memberi pengajaran serta dijadikan contoh buat kita supaya berbuat baik kepada semua orang.

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest