Connect with us
Hot Kool Jam

Filem

“Suatu Ketika” Adaptasi Kisah Benar, Filem Wajib Tonton 2019!

Baca sinopsis je dah meremang bulu roma!

Published

on

Dah lama rasanya tak tonton filem yang menampilkan pelakon-pelakon hebat seperti Namron dan Pekin Ibrahim kan?

Jawapannya ada pada filem terbaharu bertajuk Suatu Ketika, yang sudah pun menemui penonton di pawagam sejak 12 September lalu.

Image result for suatu ketika

Filem yang diarahkan oleh Prakash Murugiah ini adalah gabungan adaptasi daripada beberapa kisah benar berkisar tentang impian 12 kanak-kanak lelaki, berusia 12 tahun yang mencuba sedaya upaya untuk memastikan pasukan bola sepak mereka yang ditubuhkan oleh seorang tukang kebun serta seorang guru berjaya.

Mereka harus bersaing dengan pasukan dari sebuah sekolah berprestij untuk layak ke sebuah perlawanan.

Filem yang berdurasai 1 jam 30 minit ini turut memaparkan keharmonian hidup antara kaum yang berbeza di Malaysia.

Jalan cerita yang santai, disusuli dengan aksi bersahaja pelakon cilik serta mesej yang disampaikan membuatkan penonton tidak terasa filem berkenaan terlalu lama.

Bagi mereka yang kini berusia dalam lingkungan 30 atau 40 tahun, filem ini secara tidak langsung akan mengimbau kenangan anda ketika di bangku sekolah.

Filem yang menampilkan Namron dan Pekin selaku teraju utamanya, turut dibintangi 12 bakat baharu seperti Danial Akmal Fariz, Putera Syazwan, Dheva Naish, Danial Iman, Kuhan Divagaran, Farez Iqmal, Ahmas, Lim Xuan, Adeq Jiey, Azlan Raihan, Daniel Syahidan dan Armand.

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest