Connect with us
alt_img

Selebriti

“Sudah-sudahlah mengecam.” – Emma Maembong

Beri ruang pada Emma perbaiki diri

Published

on

Pelakon Emma Maembong yang berkesempatan menunaikan umrah di Tanah Suci Makkah, baru-baru ini memohon orang ramai supaya memberinya ruang untuk memperbaiki diri.
Emma akur peminat meletak harapan yang tinggi untuk melihatnya berubah, namun dirinya masih belum berupaya memenuhi permintaan mereka.
“Saya tahu, di luar sana ramai yang mahu saya mengikut kehendak mereka supaya berubah dan kembali bertudung. Saya berterima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan yang terbaik.
“Namun, jangan pula saya dikecam apabila masih belum dapat memenuhi harapan dan permintaan mereka. Saya tidak mampu memuaskan hati semua pihak.
“Saya sedang berusaha untuk menjadi insan yang lebih baik dari masa ke semasa. Usahlah mengecam, sebaliknya berikan sokongan dan sebarkan aura positif antara satu sama lain.”

Emma ditemui pada majlis sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-27 anjuran kelab peminatnya, The Nizers baru baru ini.

 

Sumber: Berita Harian, Instagram Emanizers, #emmamaembongturns27

 

Continue Reading
1 Comment

1 Comment

  1. MPD Engineering

    2 April 2019 at 7:48 pm

    Test

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest