Connect with us
Hot Kool Jam

Hiburan

Sufian Suhaimi Dedah 2 Pesaing Hebat Bakal Berentap Pada AJL Ke-33

Sebut sahaja tentang pesaing, kebanyakan penyanyi akan memberi jawapan seperti: semua ada kelebihan masing-masing, semua hebat, semua merdu.

Published

on

Sebut sahaja tentang pesaing, kebanyakan penyanyi akan memberi jawapan seperti: semua ada kelebihan masing-masing, semua hebat, semua merdu.

Image result for sufian suhaimi ajl

Tapi kali ini, menerusi temubual Sufian Suhaimi bersama penyampai radio kami, penyanyi yang akan berentap pada Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke- 33 itu menjelaskan, dia ada beberapa penyanyi yang di anggap sebagai pesaing susulan sebab-sebab tertentu.

Saya menganggap kak Misha sebagai pesaing susulan vokal mantap yang dimiliki, selain lagu Nisan Cinta yang mempunyai lirik mendalam.

Sufian bagaimanapun berjanji akan melakukan persembahan yang terbaik selain memohon peminat supaya mendoakan kesihatannya, bagi membolehkan dia beraksi awal bulan depan.

Image result for sufian suhaimi ajl

Mengakui sedang berdepan masalah kesihatan, Sufian yang kelihatan lebih susut  bagaimanapun enggan mendedahkan penyakit dialaminya.

Saya seorang penyanyi dan apabila tidak dapat menyanyi seperti diinginkan, saya berasa seperti tiada kepuasan dalam bekerja. Saya kini dalam proses pemulihan. Pada masa sama, saya bersenam untuk menambah baik stamina menjelang AJL33.

Bagaimanapun, jelas penyanyi Di Matamu itu, keadaan kesihatannya tiada kaitan dengan kisah cinta yang terputus di tengah jalan.

Dalam perkembangan lain, Sufian akan tampil dengan single duet selepas AJL33. Cuma buat waktu ini, dia belum dapat berkongsi identiti teman gandingannya.

Sebelum ini, Sufian merakamkan lagu duet dengan kumpulan Indonesia, Shima Band, menerusi Di Matamu 2.0.

Continue Reading
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest