Connect with us
Hot FM

Selebriti

Sufian Suhaimi Kini Usahawan Bantal

Kreatif juga idea baby Pian ni!

Published

on

Walaupun namanya semakin mendapat tempat dalam kalangan rakyat Malaysia, namun bukan tiket untuk penyanyi Sufian Suhaimi berasa selesa dengan kedudukannya ketika ini.

Selepas merancang untuk mengeluarkan buku tulisan, Sufian sebaliknya mempunyai hasrat untuk menjadi usahawan.

Hasratnya itu termakbul selepas berjaya mengeluarkan produk untuk dijual iaitu bantal.

Bukan bantal kekabu biasa, namun bantal berkenaan mampu menghasilkan bunyi. Lebih menarik lagi, bantal berkenaan di hasilkan dengan lampu serta beberapa surah lazim, doa dan zikir khas untuk bayi.

View this post on Instagram

Doa Iman ni antara recording terawal saya hadiahkan kepada @babyfaeq. Sebab masa kecil, arwah Tok Mak selalu bacakan zikir masa nak tidur. Lepas saya share, saya dapat banyak request untuk kongsi zikir dan doa-doa yang saya buat untuk @babyfaeq. . Saya dengar request tu dan tak lama lagi permintaan itu akan saya tunaikan. Saya akan kongsikan semua zikir dan doa dalam Zikir Pillow by @babypian.hq 💕 Agak-agak baby boleh tertidur tak dengar Doa Iman ni?

A post shared by Sufian Suhaimi 🇲🇾 (@sufiansuhaimi_) on

Menjengah ke laman Twitter pula, perkara berkenaan sudah pun tular susulan terdapat pengguna yang giat mempromosikan bantal berkenaan untuk dijual.

Kreatif juga idea baby Pian ni! Semoga perniagaan yang dijalankan berkembang dengan baik, sentiasa maju dan dipermudahkan segala urusan..

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest