Connect with us
Hot Selebriti

Inspirasi

Surat Layang Kanak-Kanak Persoal Kedudukan Saf Dapat Perhatian Mufti

Tahniah dik!

Published

on

Baru-baru ini, tular di media sosial surat daripada kanak-kanak dihalau daripada saf pertama ketika dimasjid oleh jemaah menerusi laman Twitter.

Kanak-kanak berkenaan turut meninggalkan nama penuhnya iaitu adik Nadzrul Zarfan Bin Sharul Azry.

Adik Nadzrul menerusi surat tersebut mempersoalkan haknya selain memohon pencerahan mengapa dia tidak dibenarkan untuk menunaikan ibadat di barisan pertama sedangkan dia sudah berkhatan dan boleh solat dengan khusyuk.

Bagaimanapun, ia telah tular dan mendapat perhatian daripada Mufti Wilayah Persekutuan iaitu Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri.

Menerusi ciapan tersebut juga, dapat dilihat bahawa ibu kepada kanak-kanak tersebut iaitu Nadira Rahim menyatakan ia sudah berlalu 2 tahun berlalu.

Hubungan anaknya dan pihak surau tersebut juga sudah berdamai.

Semoga usaha murni adik ini dapat membuka mata masyarakat bahawa tidak kira sama ada yang muda atau berusia, nilai menghormati itu wajar disemat sesama sendiri.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest