Connect with us

Selebriti

Sweet Qismina Enggan Tangkap Muat Tawaran Lakonan

Sweet mempunyai fokus dan sasaran tersendiri.

Published

on

Pelakon, Farhanna Qismina atau nama komersialnya Sweet Qismina cukup popular menerusi watak kanak-kanak dan remaja sejak awal pembabitannya dalam dunia hiburan pada 2004.

Siapa je yang tak kenal Sweet yang cantik ini kan?

Namun, sebaik meningkat dewasa, Sweet, 22, mula memilih watak yang perlu dimainkan agar kerjayanya lebih berkembang.

“Setiap pelakon mempunyai sasaran dan impian sendiri. Saya juga tidak terkecuali. Fokus saya kini adalah membawakan watak yang mampu membuatkan orang mahu terus tengok dan diingati.

“Saya perlu tetapkan sasaran yang ingin dicapai. Namun, saya akui, masih ada yang melihat saya sebagai pelakon remaja. Ia tidak menjadi masalah, cuma pada usia sekarang saya perlu mencari watak yang membawa ke alam dewasa,” katanya ketika ditemu bual wartawan, Najiy Jefri.

Menurut Sweet, dia tidak main tangkap muat sahaja tawaran lakonan yang diterima, sebaliknya berfikir sehabis-habisan sebelum membuat keputusan.

“Tidak semua tawaran saya kaut sesuka hati. Ada watak remaja yang terpaksa saya tolak, tetapi keputusan itu hanya dibuat selepas mempertimbangkan pelbagai faktor termasuk pelakon gandingan.

“Tidak bermakna membawa watak pelajar sekolah atau remaja kurang mencabar, cuma watak itu sudah kerap saya lakonkan,” ujarnya lagi.

Sumber: Harian Metro

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest